Jumat, 14 April 2017

Mujahidin yang bakal berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab

Mujahidin yang berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab

Di dalam hadis terkenal yang selalu kita dengar, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ؛ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ


“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi Yahudi dan membunuhi mereka, sampai ketika Yahudi bersembunyi di balik batu atau pohon, batu dan pohon itu berkata: ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku, kemari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon gharqad, (dia tidak berbicara) karena dia dari pohon Yahudi.”


Bilakah kejadian ini berlaku?

Dalam suatu hadits Rasulullah s.a.w. bersabda:

فَبَيْنَمَا إِمَامُهُمْ قَدْ تَقَدَّمَ يُصَلِّي بِهِمُ الصُّبْحَ إِذْ نَزَلَ عَلَيْهِمْ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ الصُّبْحَ فَرَجَعَ ذَلِكَ الْإِمَامُ يَنْكُصُ يَمْشِي الْقَهْقَرَى لِيَتَقَدَّمَ عِيْسَى يُصَلِّي بِالنَّاسِ، فَيَضَعُ عِيْسَى يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ لَهُ: تَقَدَّمْ فَصَلِّ، فَإِنَّهَا لَكَ أُقِيْمَتْ. فَيُصَلِّي بِهِمْ إِمَامُهُمْ فَإِذَا انْصَرَفَ قَالَ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: افْتَحُوا الْبَابَ. فَيُفْتَحُ وَوَرَاءَهُ الدَّجَّالُ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ يَهُودِيٍّ كُلُّهُمْ ذُو سَيْفٍ مُحَلَّى وَسَاجٍ فَإِذَا نَظَرَ إِلَيْهِ الدَّجَّالُ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ وَيَنْطَلِقُ هَارِبًا وَيَقُولُ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: إِنَّ لِي فِيْكَ ضَرْبَةً لَنْ تَسْبِقَنِي بِهَا. فَيُدْرِكُهُ عِنْدَ بَابِ اللُّدِّ الشَّرْقِيِّ فَيَقْتُلُهُ فَيَهْزِمُ اللهُ الْيَهُودَ فَلَا يَبْقَى شَيْءٌ مِمَّا خَلَقَ اللهُ يَتَوَارَى بِهِ يَهُودِيٌّ إِلَّا أَنْطَقَ اللهُ ذَلِكَ الشَّيْءَ لَا حَجَرٌ وَلَا شَجَرٌ وَلَا حَائِطٌ وَلَا دَابَّةٌ إِلَا الْغَرْقَدَةَ فَإِنَّهَا مِنْ شَجَرِهِمْ لَا تَنْطِقُ إِلَّا قَالَ يَا عَبْدَ اللهِ الْمُسْلمَ، هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ اقْتُلْهُ

“… Ketika tatkala imam mereka sudah maju untuk mengimami shalat subuh, tiba-tiba turunlah kepada mereka ‘Isa bin Maryam pagi itu. Karena itu, imam tersebut mundur agar Nabi ‘Isa q maju mengimami mereka. Lalu Nabi ‘Isa meletakkan tangan beliau diantara dua pundak imam tersebut dan berkata: ‘Majulah, karena untukmulah shalat ini diiqamatkan.’ Imam itu pun mengimami mereka. Setelah selesai, Isa a.s. berkata: ‘Bukalah pintu.’ Pintu itu dibuka, ternyata di baliknya ada Dajjal bersama 70.000 Yahudi bersenjata pedang berhias dan berjubah hijau.Ketika Dajjal melihat ke arah Isa a.s., dia pun meleleh seperti garam dalam air. Dia berbalik melarikan diri. Nabi Isa berkata, ‘Sungguh aku memiliki sebuah pukulan yang engkau tidak akan mendahului aku dengannya.Kemudian Isa mendapatkan Dajjal di Bab Al-Lud sebelah timur dan membunuhnya. Ketika itu, Allah  mengalahkan Yahudi hingga tidak ada suatu makhluk pun yang Yahudi bersembunyi padanya kecuali Allah  jadikan ia berbicara, baik dia batu, pohon, tembok, maupun haiwan, semua berbicara –kecuali pohon gharqad, sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi– semua berbicara: Wahai hamba Allah, muslim, ini Yahudi, kemari dan bunuhlah dia…”



hadis tentang bilangan orang Arab pada akhir zaman 

Dalam hadis lain nabi menceritakan bilangan orang2 Arab ketika itu :-

Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya, “Pernah Rasulullah s.a.w. berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah oramg-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Sedang Imam mereka tampil ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang Subuh tiba-tiba turun kepada mereka Isa Ibn Maryam pada waktu subuh itu. Imam itu pun undur kebelakang supaya Isa tampil ke hadapan (untuk menjadi imam). Maka Isa pun meletakkan tangannya diantara dua belikat Imam itu kemudian berkata kepadanya, “Pergilah ke hadapan dan imamkanlah sembahyang kerana iqamat tadi untukmu. Maka Imam mereka itulah yang menjadi imam sembahyang kepada mereka”. (Ibid j.2 ms.65)

Nabi menjelaskan bil. orang2 arab pada masa itu sedikit sahaja. Ada beberapa kemungkinan kenapa orang2 arab sedikit pada ketika itu iaitu :-

1) Peperangan berterusan di timur tengah yang melibatkan orang2 arab seperti sekarang di Syria dan di semenanjung Gaza dan di Palestin


Hakim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya, “Akan berlaku fitnah yang mana daripada fitnah itulah lahir seorang manusia sebagaimana lahirnya emas di lombong. Oleh itu janganlah kamu memaki penduduk Syam..."(sambung)- (Mustadrak Al-Haakim j.4 ms 553).

2) Peperangan dengan orang2 Rom dalam al Malhamah al Kubra ( peperangan besar ) / Armageddon yang di ketuai oleh imam Mahdi :-

Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di antara kamu dan orang-orang Rom akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”. Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik”. (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.66)

3) Peperangan dengan tentera Sufyaani  dari Syam :-

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Akan keluar panji-panji hitam anak cucu Al Abbas. Kemudian keluar daripada Khurasan panji-panji hitam yang lain. Songkok mereka hitam, pakaian mereka putih. Mereka dipimpin oleh pemuda yang dipanggil Syua’ib bin Soleh daripada Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan tentera Sufyaani sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis. Dia meratakan jalan untuk kekuasaan Al Mahdi dan membantunya dengan 300 orang tentera daripada Syam. Jarak masa di antara keluarnya dengan masa ia menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi ialah 72 bulan.” (Ibid j.2 ms.6)

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, “Bendera-bendera akan keluar untuk memerangi tentera Sufyaani. Di kalangan mereka ada pemuda Bani Hasyim. Di tapak tangan kirinya ada tanda. Tenteranya diketuai oleh seorang dari Bani Tamim dipanggil Syua’ib bin Soleh. Dia akan mengalahkan tentera-tentera Sufyaani”. (Ibid j.2 ms.69)

Haakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” (Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)

4) ramai orang2 arab terutamanya di Madinah  ( arab saudi ) dibunuh oleh tentera syufyani kerana mencari keturunan imam Mahdi, iaitu dari bani Hasyim : -

Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)


Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya, “Bila terhenti perdagangan dan jalan-jalan fitnah banyak berlaku, akan keluarlah 7 orang ulamak dari pelusuk dunia yang berlainan (tempatnya) dengan tidak berjanji. Setiap orang dari mereka dibai’ahkan oleh tiga ratus dan belasan orang lelaki sehinggalah mereka berjumpa di Mekah. Maka bertemulah 7 orang itu. Sebahagian mereka bertanya kepada sebahagian yang lain, “Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?” Mereka berkata, “Kami datang mencari orang yang sepatutnya fitnah-fitnah ini tenang di tangannya dan Konstantiniyyah akan ditaklukinya. Kami mengenalinya dengan namanya, nama ayahnya, nama ibunya dan tenteranya. Maka ketujuh orang ulamak itu bersepakat di atas perkara tersebut. Mereka pun mencarinya dan menemuinya di Mekah. Mereka berkata kepadanya, “Engkaulah fulan bin fulan?” Dia menjawab “Tidak; Bahkan saya adalah daripada Ansar”. Sehinggalah dia melepaskan diri dan lari daripada mereka. Tujuh orang ulamak itu pun menggambarkan sifat-sifatnya kepada orang-orang yang mengetahui tentangnya dan mengenalinya, maka dikatakan, “Itulah orang yang kamu cari! Dia sudah pergi ke Madinah”. Mereka pun pergi mencarinya di Madinah tetapi dia melarikan diri pula. Mereka datang pula ke Mekah mencarinya dan menemuinya lalu berkata, “Engkau fulan bin fulan? Ibumu fulanah binti fulan? Padamu ada tanda begini….begini….engkau telah melarikan diri daripada kami sekali. Sekarang hulurkanlah tanganmu untuk kami berbai’ah denganmu.” Dia berkata, “Aku bukan orang yang kamu cari itu!” Sehingga ia melarikan diri daripada mereka. Mereka mencarinya semula di Madinah, dia pula datang ke Mekah. Kemudian mereka menemuinya di Mekah dekat Rukun dan Maqam. Mereka pun berkata kepadanya, “Engkaulah tangggung dosa kami dan darah-darah kami dipikul olehmu jika engkau tidak hulurkan tanganmu untuk kami berbai`ah denganmu. Ini tentera-tentera Sufayaani telah pun menghadap untuk mencari kita. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki daripada Hiram”. Maka dia pun duduk di antara Rukun dan Makam Ibrahim serta menghulurkan tangan lalu dibai’ahkan kepadanya. Ketika itu Allah campakkan perasaan kasih sayang kepadanya di dalam hati manusia dan dia pun bersama golongan yang bagaikan singa-singa di waktu siang dan bagaikan rahib-rahib di waktu malam.” (Ibid j.2 ms.72)

5) Peperangan saudara kerana berebut takhta Khilafah : -


"Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau." [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi ].



(*kemungkinan takhta itu merujuk kepada raja Arab Saudi)


Harus kita faham, melalui kronologi2 hadis, bani Israel akan berperang dan dibunuh oleh orang Islam setelah kematian Dajjal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s.. Mereka (Israel) bangsa yang pengecut seperti yang digambarkan dalam al-Quran surah al-maidah ayat 25 maksudnya  :


"Mereka berkata; Wahai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini sahaja".


setelah Nabi Isa turun dari menara kota Damsyik dan membunuh Dajjal, maka sedarlah bangsa Israel bahawa Dajjal yang mereka anggap sebagai Al- Masih yang mereka tunggu2 selama ini sebenarnya pendusta, ini ditambah lagi dengan kedatangan Nabi Isa yang menguatkan lagi kebenaran agama Islam. tetapi semuanya sudah terlambat,semenjak Allah memerintahkan Nabi s.a.w. memalingkan kiblat dari Palestin ( al-Aqsa) ke mekah dan Allah telah menutup hati2 mereka semenjak itu.Akhirnya mereka melarikan diri bersama-sama dengan Al-masih mereka (Dajjal) balik ke negara haram Israel, tetapi Dajjal dapat dibunuh oleh Nabi Isa di kota Ludd dalam wilayah Israel juga. Setelah itu terjadilah perang antara bangsa israel dan umat Islam. setelah bangsa Israel dibunuh itu barulah muncul yakjuj Makjuj kali ke-2



jika bilangan orang arab sedikit, maka dari kaum manakah yang akan turut berperang dengan orang Israel nanti? mungkinkah kaum Melayu bani Jawi juga akan turut serta? atau mungkinkah tiada kaum lain? ini kerana setelah umat Islam berjaya membunuh bangsa Israel, yakjuk makjuj muncul dan umat islam terpaksa melarikan diri ke bukit Turr bersama sama Nabi Isa dan Imam Mahdi.. mungkinkah bilangan umat Islam ketika itu sedikit? ini ditambah pula dengan bilangan jemaah yang dapat memuatkan masjid Umawi / menara putih sebelah timur ’ Dimasyq tempat nabi Isa turun.



“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”


Ibnu Katsir berkata: “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab saya baca beliau turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Karena di Damsyiq tidak dikenali ada menara di bagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai karena beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk shalat, lalu imam kaum Muslimin (al-imam al-mahdi) berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami shalat.” Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahwa Isa Alaihissolatu wassalam berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah untuk umat ini.” (Shahih Muslim) 

Jadi mustahil  bilangan jemaah masjid sampai berpuluh ribu kerana kawasan masjid tidaklah begitu besar.. jika dikatakan mustahil umat islam sedikit, kerana jumlah tentera yahudi Dajjal ialah 70,000, bagaimana mungkin mereka dapat tewaskan sebegitu ramai? kita katakan  mereka semua yang mencium nafas nabi Isa a.s. akan mati

 Allah maha mengetahui..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar