Jumat, 14 April 2017

KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA


Mulai hari ini, nama baru blog ini ditukar kepada Mencari Damai Di Langit BiruMU.  Tujuannya supaya anda mendapat kedamaian mata dan perasaan bila membacanya. Mata anda tentu selesa melihat langit biru yang cantik pada tajuk besar blog ini. Perasaan anda tentu gembira dan sejuk melihat awan putih seperti salju di tepi langit biru yang cantik itu. Hari ini, saya ingin memberikan anda satu post istimewa tentang Imam Mahdi. Post yang dimaksudkan itu sangat berprofil. Ia merupakan kalam sahabat Nabi Muhamad S.A.W yang memetik ilmunya dari baginda sendiri. Sahabat yang mulia itu ialah Abu Hurairah r.a.  Terima kasih kepada tuan punya asal post ini di atas segala daya usahanya yang tinggi dan bersungguh-sungguh. Ia melengkapkan pencarian saya selama ini. Kupasannya sangat menarik dan kemas. Mari kita dengarkan. Selamat membaca. Kata blogger berkenaan, Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah : "Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1} Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya : "Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya. Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus." "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka. Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin." "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit. Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2} Huraiannya adalah seperti berikut :  Perang Dunia Pertama : Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi. Perang Dunia Kedua : Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler. Perang Dunia Ketiga : Disebutkan - "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit. Mari kita analisa ayat demi ayat kata-kata Abu Hurairah di atas. [1] Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai) Huraian : Imam Mahdi akan keluar sekitar tahun 1420 atau 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1433 H, maka tarikh itu sudah berada diambang pintu, Masanya sudah sangat dekat. Fakta penting : sila baca ayat terakhir ini. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin." Huraian : Kata-kata ini ditujukan kepada Saddam Hussein di Iraq. Rupa-rupanya Saddam Hussein pernah melakukan kejahatan kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain, Imam Mahdi sebenarnya sudah ada, bertempat di Iraq. Di mana dia sekarang, tidak pula sesiapa tahu.     [2] memerangi seluruh dunia Huraian : Imam Mahdi akan menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Maka ramailah manusia yang menentangnya, terutama sekali musuh-musuh Islam.   [3] bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon Huraian ; Nasrani, Yahudi dan para munafikin bersatu padu untuk memeranginya. [4] Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Huraian : Ratu Dunia bermaksud raja besar, yang penuh dengan tipu muslihat terhadap negara lain. Tak lain tak bukan ialah Amerika Syarikat yang akan diboboti (diikut) oleh sekutu-sekutunya. [5]  Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran Huraian : Dia melihat dunia pada masa itu (maksudnya zaman kita) penuh dengan kesesatan dan  kekafiran. Lalu dia menyebar dakwah Islamiyah & berjuang menegakkan Daulah Islamiyah.    [6] Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci Huraian : Maksudnya, Yahudi berjaya menakluk dunia menggunakan Freemason, Illuminiti, golongan cendiakawannya, golongan korporatnya dan sebagainya. Mereka juga menguasai Al-Quds dan kota suci. Apakah maksud kota suci itu? Apakah Mekah Al-Mukarramah? Kalau benar, maka mesti ada suatu hubungan gelap antara mereka dengan penjaga Mekah.     [7] Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas Huraian : Seluruh penduduk datang menghadap Imam Mahdi, kecuali kawasan artik dan artatika yang sejuk, juga sebahagian negeri yang terkenal panas di gurun-gurun tertentu. [8] Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit Huraian : Imam Mahdi yakin kepada kekuasaan Allah Taala.  .

PERANG AMARGEDDON (2)


PERANG AMARGEDDON (2) Misteri Kehadiran Imam Mahdi Dalam Perang Besar Ini. Kementerian Pertahanan Russia memang mengiyakan pengiriman  kapal perang baru ke Laut Mediteranian. Namun, dia mengatakan pengiriman itu merupakan rutin biasa untuk melindungi kepentingan keamanan antarabangsa. Menteri Luar Negeri, Sergei Lavrov juga mengatakan Moskow tidak berniat terjun ke dalam konflik tentera di Syria. Dalam laporan Huffingtonpost, Rusia menegaskan AS tidak berjaya membuktikan tuduhannya (penggunaan senjata kimia oleh Basyar Al-Assad) dan serangan senjata kimia tersebut mungkin dilakukan pihak pemberontak untuk memprovokasi campurtangan luar terhadap Syria. Dan kerana itu, Putin mengeluarkan kata-katanya yang keras seperti berikut. Jika benar Syria menggunakan senjata kimia seperti yang didakwa AS, maka dia akan menyertai AS menyerang Syria. Maka timbullah soalan demi soalan. [1] Perang ini memang akan terjadi, tetapi di antara siapa dan siapa? Adakah AS melawan Russia? Atau bagaimana? Adakah Russia itu adalah “Negara dari belakang” sebagaimana yang tersebut dalam hadis berikutnya? [2] Setengah pihak berpendapat, AS menentang Cina  sebab Russia dikatakan memihak kepada AS. Benarkah Blok AS akan melawan Blok China? Maka adakah China itu adalah “Negara dari belakang” sebagaimana yang tersebut dalam hadis berikutnya? [3] Jika Blok China wujud dalam pertentangannya dengan AS, apakah akan wujud perang nuclear seperti yang diheboh-hebohkan? Berikut kami sertakan petikan hadis Nabi SAW untuk kami member focus kepada maksud musuh dari belakang mereka. Telah bersabda Nabi Muhamad SAW, “Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka…”. Berita terbaru, Kongress AS telah bersetuju dengan kemahuan Obama untuk menyerang Syria. Sementara itu, Koresponden VOA Edward Yeranian, melaporkan dari Kaherah bahawa pemerintah Syria menyatakan mereka bertekad akan mempertahankan diri melawan apa yang mereka sebut sebagai "tindakan yang tidak adil." Maka dari segala cerita di atas, fahamlah kita bahawa samada AS berjaya membuktikan adanya penggunaan senjata kimia atau tidak, maka serangan ke atas Syria adalah sesuatu yang PASTI. MUSUH DARI BELAKANG MEREKA Siapakah musuh yang dimaksudkan? Kalau anda biasa menggunakan globe peta dunia, maka setentang dengan AS adalah Negara Russia yang memanjang dari Timur ke Barat. Itulah yang kami faham dari maksud musuh dari belakang mereka. Maka dengan itu, perang nuclear itu tidak dapat dihindari lagi. Orang Islam akan bersama kaum Rom (AS & Eropah) menentang Russia dan bloknya. BEBERAPA SOALAN PENTING Maka timbullah beberapa soalan lagi. [1] Kenapa Imam Mahdi berjuang di sebelah kaum Rom (AS dan Eropah), sedangkan kebanyakan mereka adalah agen-agen Dajjal dan bersama mereka pula adalah Yahudi? Bukankah Al-Mahdi sangat membenci Yahudi? [2] Adakah Perang Amargeddon ini akan mendahului kemunculan Al-Mahdi atau sebaliknya? [3] Kalau Perang Amargeddon ini mendahului kemunculan Al-Mahdi, maka di manakah dia sekarang? MARI MENDENGAR JAWAPAN KAMI Kami hanya akan menjawab soalan (1) & (2) sahaja. Soalan  (3) akan dijawab pada post berikutnya. Insyaallah. Melihat scenario yang berlaku sekarang, kami yakin perang Amargeddon tidak akan menunggu lama. AS sekarang seperti cacing kepanasan mahu segera menyerang Syria. Dan Russia pun seperti tidak mahu mengalah. Dia tahu rahsia AS untuk mengaut kekayaan emas di sekitar Lembangan Syria, Lebanon & Israel. Dan dia pun mahu mempertahankan Syria untuk menjadi hak miliknya. ADA 3 SEBAB BESAR Bila nanti Al-Mahdi muncul, maka dia melihat peperangan di depan matanya sebagai peperangan yang sangat menakutkan. Kepada siapa patut dia berpihak? Sebelum ini saya pernah menyebut bahawa Al-Mahdi akan berpihak kepada kaum Rom (maksudnya AS & Eropah).  Anda tentu ingin tahu sebabnya. Berikut saya jelaskan. [1] Kaum Rom itu majoritinya beragama Nasrani (Kristian) sementara Russia itu majoritynya ateis (tidak bertuhan). Maka Nasrani itu lebih dekat kepada Islam sebab kedua-duanya agama samawi. Maka atas sebab itulah, Al-Mahdi berpihak kepada kaum Rom. [2] Russia akan menyerang Arab Saudi. Sebabnya banyak. Sekurang-kurangnya 3 sebab seperti berikut. [1] Arab Saudi punca sebenar penggunaan senjata kimia di Syria (rujuk Putera Bandar), [2] keangkuhan Putera Bandar dalam mengugut Russia untuk menganggu Sukan Olimpik 2014, [3] Tawaran-tawaran yang tidak munasabah oleh Arab Saudi terhadap Russia. [3] Jika perkara (2) berlaku, maka Haramain (Mekah dan Madinah) dalam bahaya. Maka jalan untuk menyelamatkan kedua-duanya adalah berpihak kepada kaum Rom. KEPEDIHAN KAUM YAHUDI Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan bahawa ”(Perang itu) Akan berlangsung selama tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”. Dari apa yang kita semua faham, jelas bahawa perang itu tidak lama. Tetapi dalam masa singkat itu, ia akan menghasilkan malapetaka dan kematian yang dahsyat. Kalau anda membaca petikan kata-kata Syaidina Ali seperti tertulis dalam kitab Jufr Ahmar (Rujuk Perbahasan saya dalam siri Komet ISON, blog DIA YANG TERSEMBUNYI), anda akan dapati ayat terakhirnya ialah  MALAPETAKA DAN KEMATIAN. Kalau anda mengatakan bahawa ini adalah hasil dari perang nuclear, maka kami sangat bersetuju dengan anda. Kemudian hendaklah anda tahu bahawa nama Amargeddon itu tidak wujud dalam Al-Quran yang mulia atau kitab-kitab hadis yang sahih. Maka dari manakah nama itu terhasil?  Dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon  (Injil : ms 388 – Terbitan Darul Thaqafah , Mesir) Dalam buku ” Dimensi Agama Dalam Politik Amerika Syarikat (AS) disebutkan bahawa 7 orang pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon (Buku janji yang benar dan janji yang dusta, ms 31) Presiden AS yang lalu, Ronald Reagen pernah berkata, “Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon” (Buku Ramalan Dan Politik ms.66). Oleh yang demikian, mari kita mencapai satu kefahaman berikut. Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam Al-Quran atau mana-mana hadis. Ia hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Ia merupakan sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Memang benar, filem hollywood dokongan yahudi itu ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear. Kami mempunyai pendapat bahawa itu memang benar, yang akan menghasilkan pelbagai malapetaka & menyebabkan berjuta-juta kematian. Ramai yang mengatakan bahawa bom nuclear akan digunakan dalam Perang Dunia Ketiga. Jika ini berlaku maka bandar-bandar besar di Asia Barat akan ranap semuanya. Manusia, binatang ternakan dan segala pohon kayu kayan akan musnah tak tersisa. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga itu diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana dalam siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti dahulukala. "Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten "Saya tidak tahu dengan senjata apa Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein. Dari mana mereka mendapat sumber untuk bercakap demikian, maka kami dapati sumbernya tiada. Tetapi kalau mereka mempercayai bahawa Perang Dunia Ketiga itu adalah perang nuclear, maka kata-kata mereka pastinya benar. Mari kita dengar hadith Nabi SAW yang membicarakan tentang peperangan ini. “Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang, maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” Hadith sahih riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA. Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, ms 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai beberapa riwayat. Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana ada 2 buah peperangan yang akan terjadi. [1] PEPERANGAN AMARGEDDON Perang Armageddon (Perang Dunia Ketiga) yang telah banyak diketahui oleh semua pihak [2] PEPERANGAN TERBESAR Akan wujud beberapa siri peperangan, yang di dalam sesetengah hadith tertentu disebut sebagai Peperangan Terbesar (Malhamah al Kubra). Peperangan ini tidak diketahui ramai orang kecuali oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Golongan yang berperang dalam pertempuran ini adalah kaum muslimin, yang  menghadapi tentangan dari Rum (maksudnya AS dan Eropah) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pada awalnya kaum muslimin bersekutu dengan mereka tetapi akhirnya Rum mengkhianati kita dalam perang tersebut.

 

Kitab Bahru al-Madzi (Edisi Rumi)





Kitab ini merupakan hasil tulisan dan susunan Muhammad Idris al-Marbawi. Kitab asalnya ditulis dalam tulisan Jawi, mengandungi 22 juzu' (buku). Kini telah terbitkan semula dalam tulisan Rumi berdasarkan karya asalnya. Ia merupakan himpunan hadis Imam at-Tirmidzi tentang pelbagai isu.

Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana.

Sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Setiap juzuk kitab ini mengandungi perbahasan tajuk yang berbeza-beza dan harganya juga berbeza.

Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu '01 - Mengenai Thaharah.
02. Juzu' 02 - Mengenai Solat.
03. Juzu' 03 - Mengenai Solat.
04. Juzu' 04 - Mengenai Solat dan Zakat.
05. Juzu' 05 - Mengenai Puasa.
06. Juzu' 06 - Mengenai Haji.
07. Juzu' 07 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah.
08. Juzu' 08 - Mengenai Nikah.
09. Juzu' 09 - Mengenai Thalaq dan Li'an.
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan.
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang.
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim.
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan Qadar.
15. Juzu' 15 - Huru-Hara.
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat.
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman.
19. Juzu' 19 - Mengenai 'IImu,Minta Izin dan Adab.
20. Juzu' 20 - Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur'an dan Qira'at.
21. Juzu' 21 - Mengenai Tafsir.
22. Juzu' 22 - Mengenai Tafsir.


*   *   *


Tajuk : Kitab Bahru al-Madzi

Penulis : Muhammad Idris Al-Marbawi

Alih Bahasa daripada jawi ke rumi oleh : Noraine Abu

Publisher : al-Hidayah

HARGA  berbeza mengikut juzuk, boleh rujuk catatan di bawah :


1] Bahru Al-Madzi Juz 1 – Bahagian Thaharah

9830995941

RM 39.00

406 2004

2] Bahru Al-Madzi Juz 2 – Bahagian Solat  

9830996379

RM 39.00

416 2005

3] Bahru Al-Madzi Juz 3 – Bah.Solat & Solat Jumaat

9830996433

RM 42.00 

460 2005

4] Bahru Al-Madzi Juz 4 – Bahagian Solat & Zakat

9830996549

RM 40.00 

404 2005


5] Bahru Al-Madzi Juz 5 – Bahagian Puasa & I'tikaf

9830996530

RM 40.00

360 2005


6] Bahru Al-Madzi Juz 6 – Bahagian Haji

9830996743

RM40.00

362 2006



7] Bahru Al-Madzi Juz 7 – Bah.Umrah & Jenazah

9830996751

RM40.00 

362 2006



8] Bahru Al-Madzi Juz 8 – Bahagian Jenazah & Nikah

9830997103

RM40.00

350 2006

9] Bahru Al-Madzi Juz 9 – Bahagian Thalaq, li'an & Jual-Beli

9830997111

RM40.00

345 2006

Mujahidin yang bakal berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab

Mujahidin yang berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab

Di dalam hadis terkenal yang selalu kita dengar, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ؛ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ


“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi Yahudi dan membunuhi mereka, sampai ketika Yahudi bersembunyi di balik batu atau pohon, batu dan pohon itu berkata: ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku, kemari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon gharqad, (dia tidak berbicara) karena dia dari pohon Yahudi.”


Bilakah kejadian ini berlaku?

Dalam suatu hadits Rasulullah s.a.w. bersabda:

فَبَيْنَمَا إِمَامُهُمْ قَدْ تَقَدَّمَ يُصَلِّي بِهِمُ الصُّبْحَ إِذْ نَزَلَ عَلَيْهِمْ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ الصُّبْحَ فَرَجَعَ ذَلِكَ الْإِمَامُ يَنْكُصُ يَمْشِي الْقَهْقَرَى لِيَتَقَدَّمَ عِيْسَى يُصَلِّي بِالنَّاسِ، فَيَضَعُ عِيْسَى يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ لَهُ: تَقَدَّمْ فَصَلِّ، فَإِنَّهَا لَكَ أُقِيْمَتْ. فَيُصَلِّي بِهِمْ إِمَامُهُمْ فَإِذَا انْصَرَفَ قَالَ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: افْتَحُوا الْبَابَ. فَيُفْتَحُ وَوَرَاءَهُ الدَّجَّالُ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ يَهُودِيٍّ كُلُّهُمْ ذُو سَيْفٍ مُحَلَّى وَسَاجٍ فَإِذَا نَظَرَ إِلَيْهِ الدَّجَّالُ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ وَيَنْطَلِقُ هَارِبًا وَيَقُولُ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: إِنَّ لِي فِيْكَ ضَرْبَةً لَنْ تَسْبِقَنِي بِهَا. فَيُدْرِكُهُ عِنْدَ بَابِ اللُّدِّ الشَّرْقِيِّ فَيَقْتُلُهُ فَيَهْزِمُ اللهُ الْيَهُودَ فَلَا يَبْقَى شَيْءٌ مِمَّا خَلَقَ اللهُ يَتَوَارَى بِهِ يَهُودِيٌّ إِلَّا أَنْطَقَ اللهُ ذَلِكَ الشَّيْءَ لَا حَجَرٌ وَلَا شَجَرٌ وَلَا حَائِطٌ وَلَا دَابَّةٌ إِلَا الْغَرْقَدَةَ فَإِنَّهَا مِنْ شَجَرِهِمْ لَا تَنْطِقُ إِلَّا قَالَ يَا عَبْدَ اللهِ الْمُسْلمَ، هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ اقْتُلْهُ

“… Ketika tatkala imam mereka sudah maju untuk mengimami shalat subuh, tiba-tiba turunlah kepada mereka ‘Isa bin Maryam pagi itu. Karena itu, imam tersebut mundur agar Nabi ‘Isa q maju mengimami mereka. Lalu Nabi ‘Isa meletakkan tangan beliau diantara dua pundak imam tersebut dan berkata: ‘Majulah, karena untukmulah shalat ini diiqamatkan.’ Imam itu pun mengimami mereka. Setelah selesai, Isa a.s. berkata: ‘Bukalah pintu.’ Pintu itu dibuka, ternyata di baliknya ada Dajjal bersama 70.000 Yahudi bersenjata pedang berhias dan berjubah hijau.Ketika Dajjal melihat ke arah Isa a.s., dia pun meleleh seperti garam dalam air. Dia berbalik melarikan diri. Nabi Isa berkata, ‘Sungguh aku memiliki sebuah pukulan yang engkau tidak akan mendahului aku dengannya.Kemudian Isa mendapatkan Dajjal di Bab Al-Lud sebelah timur dan membunuhnya. Ketika itu, Allah  mengalahkan Yahudi hingga tidak ada suatu makhluk pun yang Yahudi bersembunyi padanya kecuali Allah  jadikan ia berbicara, baik dia batu, pohon, tembok, maupun haiwan, semua berbicara –kecuali pohon gharqad, sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi– semua berbicara: Wahai hamba Allah, muslim, ini Yahudi, kemari dan bunuhlah dia…”



hadis tentang bilangan orang Arab pada akhir zaman 

Dalam hadis lain nabi menceritakan bilangan orang2 Arab ketika itu :-

Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya, “Pernah Rasulullah s.a.w. berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah oramg-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Sedang Imam mereka tampil ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang Subuh tiba-tiba turun kepada mereka Isa Ibn Maryam pada waktu subuh itu. Imam itu pun undur kebelakang supaya Isa tampil ke hadapan (untuk menjadi imam). Maka Isa pun meletakkan tangannya diantara dua belikat Imam itu kemudian berkata kepadanya, “Pergilah ke hadapan dan imamkanlah sembahyang kerana iqamat tadi untukmu. Maka Imam mereka itulah yang menjadi imam sembahyang kepada mereka”. (Ibid j.2 ms.65)

Nabi menjelaskan bil. orang2 arab pada masa itu sedikit sahaja. Ada beberapa kemungkinan kenapa orang2 arab sedikit pada ketika itu iaitu :-

1) Peperangan berterusan di timur tengah yang melibatkan orang2 arab seperti sekarang di Syria dan di semenanjung Gaza dan di Palestin


Hakim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya, “Akan berlaku fitnah yang mana daripada fitnah itulah lahir seorang manusia sebagaimana lahirnya emas di lombong. Oleh itu janganlah kamu memaki penduduk Syam..."(sambung)- (Mustadrak Al-Haakim j.4 ms 553).

2) Peperangan dengan orang2 Rom dalam al Malhamah al Kubra ( peperangan besar ) / Armageddon yang di ketuai oleh imam Mahdi :-

Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di antara kamu dan orang-orang Rom akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”. Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik”. (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.66)

3) Peperangan dengan tentera Sufyaani  dari Syam :-

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Akan keluar panji-panji hitam anak cucu Al Abbas. Kemudian keluar daripada Khurasan panji-panji hitam yang lain. Songkok mereka hitam, pakaian mereka putih. Mereka dipimpin oleh pemuda yang dipanggil Syua’ib bin Soleh daripada Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan tentera Sufyaani sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis. Dia meratakan jalan untuk kekuasaan Al Mahdi dan membantunya dengan 300 orang tentera daripada Syam. Jarak masa di antara keluarnya dengan masa ia menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi ialah 72 bulan.” (Ibid j.2 ms.6)

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, “Bendera-bendera akan keluar untuk memerangi tentera Sufyaani. Di kalangan mereka ada pemuda Bani Hasyim. Di tapak tangan kirinya ada tanda. Tenteranya diketuai oleh seorang dari Bani Tamim dipanggil Syua’ib bin Soleh. Dia akan mengalahkan tentera-tentera Sufyaani”. (Ibid j.2 ms.69)

Haakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” (Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)

4) ramai orang2 arab terutamanya di Madinah  ( arab saudi ) dibunuh oleh tentera syufyani kerana mencari keturunan imam Mahdi, iaitu dari bani Hasyim : -

Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)


Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya, “Bila terhenti perdagangan dan jalan-jalan fitnah banyak berlaku, akan keluarlah 7 orang ulamak dari pelusuk dunia yang berlainan (tempatnya) dengan tidak berjanji. Setiap orang dari mereka dibai’ahkan oleh tiga ratus dan belasan orang lelaki sehinggalah mereka berjumpa di Mekah. Maka bertemulah 7 orang itu. Sebahagian mereka bertanya kepada sebahagian yang lain, “Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?” Mereka berkata, “Kami datang mencari orang yang sepatutnya fitnah-fitnah ini tenang di tangannya dan Konstantiniyyah akan ditaklukinya. Kami mengenalinya dengan namanya, nama ayahnya, nama ibunya dan tenteranya. Maka ketujuh orang ulamak itu bersepakat di atas perkara tersebut. Mereka pun mencarinya dan menemuinya di Mekah. Mereka berkata kepadanya, “Engkaulah fulan bin fulan?” Dia menjawab “Tidak; Bahkan saya adalah daripada Ansar”. Sehinggalah dia melepaskan diri dan lari daripada mereka. Tujuh orang ulamak itu pun menggambarkan sifat-sifatnya kepada orang-orang yang mengetahui tentangnya dan mengenalinya, maka dikatakan, “Itulah orang yang kamu cari! Dia sudah pergi ke Madinah”. Mereka pun pergi mencarinya di Madinah tetapi dia melarikan diri pula. Mereka datang pula ke Mekah mencarinya dan menemuinya lalu berkata, “Engkau fulan bin fulan? Ibumu fulanah binti fulan? Padamu ada tanda begini….begini….engkau telah melarikan diri daripada kami sekali. Sekarang hulurkanlah tanganmu untuk kami berbai’ah denganmu.” Dia berkata, “Aku bukan orang yang kamu cari itu!” Sehingga ia melarikan diri daripada mereka. Mereka mencarinya semula di Madinah, dia pula datang ke Mekah. Kemudian mereka menemuinya di Mekah dekat Rukun dan Maqam. Mereka pun berkata kepadanya, “Engkaulah tangggung dosa kami dan darah-darah kami dipikul olehmu jika engkau tidak hulurkan tanganmu untuk kami berbai`ah denganmu. Ini tentera-tentera Sufayaani telah pun menghadap untuk mencari kita. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki daripada Hiram”. Maka dia pun duduk di antara Rukun dan Makam Ibrahim serta menghulurkan tangan lalu dibai’ahkan kepadanya. Ketika itu Allah campakkan perasaan kasih sayang kepadanya di dalam hati manusia dan dia pun bersama golongan yang bagaikan singa-singa di waktu siang dan bagaikan rahib-rahib di waktu malam.” (Ibid j.2 ms.72)

5) Peperangan saudara kerana berebut takhta Khilafah : -


"Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau." [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi ].



(*kemungkinan takhta itu merujuk kepada raja Arab Saudi)


Harus kita faham, melalui kronologi2 hadis, bani Israel akan berperang dan dibunuh oleh orang Islam setelah kematian Dajjal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s.. Mereka (Israel) bangsa yang pengecut seperti yang digambarkan dalam al-Quran surah al-maidah ayat 25 maksudnya  :


"Mereka berkata; Wahai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini sahaja".


setelah Nabi Isa turun dari menara kota Damsyik dan membunuh Dajjal, maka sedarlah bangsa Israel bahawa Dajjal yang mereka anggap sebagai Al- Masih yang mereka tunggu2 selama ini sebenarnya pendusta, ini ditambah lagi dengan kedatangan Nabi Isa yang menguatkan lagi kebenaran agama Islam. tetapi semuanya sudah terlambat,semenjak Allah memerintahkan Nabi s.a.w. memalingkan kiblat dari Palestin ( al-Aqsa) ke mekah dan Allah telah menutup hati2 mereka semenjak itu.Akhirnya mereka melarikan diri bersama-sama dengan Al-masih mereka (Dajjal) balik ke negara haram Israel, tetapi Dajjal dapat dibunuh oleh Nabi Isa di kota Ludd dalam wilayah Israel juga. Setelah itu terjadilah perang antara bangsa israel dan umat Islam. setelah bangsa Israel dibunuh itu barulah muncul yakjuj Makjuj kali ke-2



jika bilangan orang arab sedikit, maka dari kaum manakah yang akan turut berperang dengan orang Israel nanti? mungkinkah kaum Melayu bani Jawi juga akan turut serta? atau mungkinkah tiada kaum lain? ini kerana setelah umat Islam berjaya membunuh bangsa Israel, yakjuk makjuj muncul dan umat islam terpaksa melarikan diri ke bukit Turr bersama sama Nabi Isa dan Imam Mahdi.. mungkinkah bilangan umat Islam ketika itu sedikit? ini ditambah pula dengan bilangan jemaah yang dapat memuatkan masjid Umawi / menara putih sebelah timur ’ Dimasyq tempat nabi Isa turun.



“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”


Ibnu Katsir berkata: “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab saya baca beliau turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Karena di Damsyiq tidak dikenali ada menara di bagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai karena beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk shalat, lalu imam kaum Muslimin (al-imam al-mahdi) berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami shalat.” Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahwa Isa Alaihissolatu wassalam berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah untuk umat ini.” (Shahih Muslim) 

Jadi mustahil  bilangan jemaah masjid sampai berpuluh ribu kerana kawasan masjid tidaklah begitu besar.. jika dikatakan mustahil umat islam sedikit, kerana jumlah tentera yahudi Dajjal ialah 70,000, bagaimana mungkin mereka dapat tewaskan sebegitu ramai? kita katakan  mereka semua yang mencium nafas nabi Isa a.s. akan mati

 Allah maha mengetahui..

Kamis, 13 April 2017

Armageddon


Perkataan ini yang bersal dari Ibrani (Hebrew) dan terdiri daripada dua perkataan, iaitu :

Ar
Yang membawa maksud sebuah gunung atau bukit

Mageddo atau Megiddo 
Nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yang akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .

Para ahli peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang strategik, setiap panglima tentera dan angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang datang.

Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama berasal dari penulisan Ibrani dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini.

Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.

Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu tanda dari datangnya hari qiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk Zionist Israel dan akan diakhiri oleh pertempuran dahsyat yang dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin.

Disebutkan dalam Kitab Yahya (John The Baptist) (89/13), bahawa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah.

Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan:”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel menjadi kubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Kerana peristiwa ini akan terjadi di lembah Megiddo, Palestin, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israel (Yahudi & Nasrani Zionist) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyalaan api peperangan.

Dalam teks Kitab Injil ada mengatakan “Roh-roh syaitan akan mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia di Armageddon”.


Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dan terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai aspek peralatan senjata moden yang canggih.

Kemungkinan perang ini adalah Perang Dunia ke-3, (Perang Nuklear berdasarkan kepada ramalan beberapa pakar termasuklah Sheikh Imran N. Hosein).

Menurut kajian dan pendapat Sheikh Hamza Yusuf, keadaan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti zaman pertengahan kesemua teknologi yang kita miliki sekarang ini akan musnah dan berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem kehidupan manusia, siri peperangan seterusnya (Perang Dunia ke-4), bala tentera akan hanya menunggang kuda bersertakan pedang, panah, lembing dan alatan senjata lama.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." 
- Louis Lord Mountbatten -

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia III akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia IV akan diperjuangkan dengan kayu dan batu."
- Albert Einstein -

Pendapat para ahli kitab tentang Perang Armageddon:

1. Dalam kitab Wahyu (Revealition) pasal 16 ayat 16 dikatakan,
“Dan roh-roh syaitan akan mengumpulkan sekalian tentara di dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” (Injil, hal. 388, penerbit Daar Ats Tsaqafah, Mesir)

2. Ronald Reagen pernah berkata,
“Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.” (Kitab Ramalan dan Politik)

3. Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, iaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo. (“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya dunia)

4. Jimmy Sujjest berkata,
“Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan bertemu di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian (kata sepakat persefahaman) yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa-apa pun. Sebab, hari tersebut akan tetap datang.” (Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)

5. Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Nasrani berkata,
“Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realiti) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.” (Kitab Ramalan dan Politik)

6. Shofeld berkata,
“Sesungguhnya orang-orang Nasrani yang ikhlas hendaklah bergembira dengan peristiwa ini, kerana pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) akan bermula, maka Isa al Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.” (Kitab Ramalan dan Politik)

Sebenarnya, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperingatkan kita akan peperangan besar (Al Malhamah Al Kubra) di akhir zaman ini. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad(yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa perang akhir zaman iaitu waktu hampir qiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.

Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada perang akhir zaman.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.










Israel akan memberi dan menerima benih dan bantuan kewangan sekiranya ada pihak yang ingin berkempen menanam pohon Gharqad, segala info ada di: Jerusalem PostTrees For The Holy Landdan Tree Planting Center



Dari Nafi' Bin 'Atabah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Kamu akan memerangi semenanjung Arab, lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Setelah itu Parsi, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian Rum, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Dari Abu Daud, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Sesungguhnya kemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus, salah satu kota terbaik di Syam
(Hadis Riwayat Abu Darda')

Tempat Dabiq di Syria, sebelah utara Aleppo (Halab) dan al-A'maq adalah menuju pantai selatan Yaman.

Hal ini jelas dari menggabungkan dua hadis bahawa Bani Ishak adalah orang-orang dari Rum (Constantinople atau kerajaan Byzantine, bole rujuk Surah Ar Rum (30) tentang maklumat ini dan kerajaan Rum sekarang ini berpusat di Selatan Russia berdekatan Turki dan Greece bukannya ROME di ITALY) yang telah menerima Islam dan akan dikejar oleh Rum yang akan turun di Dabiq atau Al-A'maq, tapi dari lain hadis itu adalah jelas bahawa itu adalah tempat berhampiran Aleppo.

Hal ini ditunjukkan dalam hadis yang dilaporkan oleh Abu Dawud (Shahih Jaami as-Sagheer, no. 2116.), Menceritakan yang sanadnya dari Abu-Dardaa, bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Bandar di mana umat Islam akan mengumpulkan pada hari al-Malhamah (pertempuran besar) adalah di tanah al-Ghutah (tempat yang memiliki sungai-sungai dan pohon dikelilingi oleh pergunungan) di sebuah kota yang bernama Damsyik, dari yang terbaik bandar As-Syam (Syria)




Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda.

Qiamat takkan terjadi sehingga bangsa Romawi singgah di Al-A'maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh bala tentera dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

Tidak akan terjadi hari qiamat, sehingga kaum Rum turun di kota Amaq dan di Dabiq (dekat Damascus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, Biarkanlah (jangan kamu semua halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.” Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat subuh sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat banyak koleksi hadis-hadis berkenaan Al Malhamah Al Kubra yang disabdakan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan’, boleh rujuk Kitab al Fitan, Ibnu Katsir.

Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kita fokus kepada dua peristiwa ini, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Pernahkah kamu mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" 

Mereka berkata, 
"Ya, Wahai Rasulullah".

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata,
"Hari qiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70000 dari Bani Ishaq ada dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. 

Mereka akan berkata,
"Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, " Dajjal telah muncul (seorang Yahudi) ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali (ke Syam).
(Hadis Riwayat Muslim)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishaq) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Rum (bererti Byzantine Timur) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Constantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu. Dan Ibnu Katsir juga menunjukkan dalam hasil kajian yang sama bahawa "ar Rum" adalah dari keturunan al-ees, Putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil a.s.
Dalam satu hadis yang panjang..

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Hari qiamat tidak akan datang sampai Rum akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka).Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rum akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan satu pertiga tentera akan melarikan diri, yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan mengampuninya. Satu pertiga dari mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan satu pertiga lagi menerima kemenangan dan menakluk Constantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syam/Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia (Dajjal) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran dan menyusun kedudukan ...