Jumat, 14 April 2017

Kitab Bahru al-Madzi (Edisi Rumi)





Kitab ini merupakan hasil tulisan dan susunan Muhammad Idris al-Marbawi. Kitab asalnya ditulis dalam tulisan Jawi, mengandungi 22 juzu' (buku). Kini telah terbitkan semula dalam tulisan Rumi berdasarkan karya asalnya. Ia merupakan himpunan hadis Imam at-Tirmidzi tentang pelbagai isu.

Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana.

Sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Setiap juzuk kitab ini mengandungi perbahasan tajuk yang berbeza-beza dan harganya juga berbeza.

Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu '01 - Mengenai Thaharah.
02. Juzu' 02 - Mengenai Solat.
03. Juzu' 03 - Mengenai Solat.
04. Juzu' 04 - Mengenai Solat dan Zakat.
05. Juzu' 05 - Mengenai Puasa.
06. Juzu' 06 - Mengenai Haji.
07. Juzu' 07 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah.
08. Juzu' 08 - Mengenai Nikah.
09. Juzu' 09 - Mengenai Thalaq dan Li'an.
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan.
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang.
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim.
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan Qadar.
15. Juzu' 15 - Huru-Hara.
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat.
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman.
19. Juzu' 19 - Mengenai 'IImu,Minta Izin dan Adab.
20. Juzu' 20 - Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur'an dan Qira'at.
21. Juzu' 21 - Mengenai Tafsir.
22. Juzu' 22 - Mengenai Tafsir.


*   *   *


Tajuk : Kitab Bahru al-Madzi

Penulis : Muhammad Idris Al-Marbawi

Alih Bahasa daripada jawi ke rumi oleh : Noraine Abu

Publisher : al-Hidayah

HARGA  berbeza mengikut juzuk, boleh rujuk catatan di bawah :


1] Bahru Al-Madzi Juz 1 – Bahagian Thaharah

9830995941

RM 39.00

406 2004

2] Bahru Al-Madzi Juz 2 – Bahagian Solat  

9830996379

RM 39.00

416 2005

3] Bahru Al-Madzi Juz 3 – Bah.Solat & Solat Jumaat

9830996433

RM 42.00 

460 2005

4] Bahru Al-Madzi Juz 4 – Bahagian Solat & Zakat

9830996549

RM 40.00 

404 2005


5] Bahru Al-Madzi Juz 5 – Bahagian Puasa & I'tikaf

9830996530

RM 40.00

360 2005


6] Bahru Al-Madzi Juz 6 – Bahagian Haji

9830996743

RM40.00

362 2006



7] Bahru Al-Madzi Juz 7 – Bah.Umrah & Jenazah

9830996751

RM40.00 

362 2006



8] Bahru Al-Madzi Juz 8 – Bahagian Jenazah & Nikah

9830997103

RM40.00

350 2006

9] Bahru Al-Madzi Juz 9 – Bahagian Thalaq, li'an & Jual-Beli

9830997111

RM40.00

345 2006

Tidak ada komentar:

Posting Komentar